Monday, December 21, 2009

Hidup MeSti DitErusKan

Salam... lepas habis spm ni macam-macam bende yang aku buat.. sejak dari minggu lepas aku p johor. saje jenjalan nak hilangkan boring yang teramat lepas habis spm ni.. Apa2 pun memang tak dapat dinafikan sume ni tetap mem'boring'kan, kalau fikir nak cari kerja mungkin hati ni belum tergrak nak wat sume2 tu. Maybe dah sampai masanye nanti aku p la round sluruh johor ni nak cari kerja..Haha, ape2 pun terisi jugak la masa yang terlampau lapang ni kalo duk cni. Kat cni adela aku blaja ilmu baru, kat cni aku adela blja sikit2 tentang fotografi. Boleh tahan la interesting sesi belajar ilmu baru nih, ... erm... tengok la gamba ni... saje jer letak...







Wednesday, December 16, 2009

Physics

Assalamualaikum..PHYSICS? Hehe boleh tahan la masa jawab fizik hari tu. Tak de la terasa susah macam jawab trial examination. Nak target tinggi sangat pun tak boleh jugak, nak rendah sangat lagi la tak boleh. Jadi keputusan yang dapat disasarkan ialah antara A ke C+. InsyaAllah kalau dapat A cerah la sikit peluang untuk sambung belajar kat tempat yang baik sikit. Walau macammanapun saya tetap berpuas hati masa jawab fizik, boleh la. PHYSICS A???

Saturday, November 28, 2009

Setelah Habis Paper Add Math

Salam... lame betul dah tak update blog nih... cam2 bende yang berlaku sepanjang saya tak update blog nih. First, pasal exam ADDITIONAL MATHEMATICS ari tu.. macam2 masalah yang datang masa tengah jawab untuk SPM ari tu. Memang berdebar la sangat2. Rasanye result add math nanti tak akan jadilah seperti yang saya harapkan. Walau apa pun hidup mesti diteruskan walaupun kegagalan akan pasti datang menjengah. Walau apa pun saya tetap akan berusaha untuk menjadi COMMERCIAL AIRLINE PILOT, hidup ini bukan sahaja akan berakhir apabila kita tidak berjaya dalam SPM, segala perlu ada semangat untuk kita bangkit semula daripada kegagalan yang telah kita cipta sendiri. Saya harap lagi 3 paper yang tinggal ni dapat memberikan sinar harapan yang baru untuk SPM, PHYSICS, CHEMISTRY, ENGINEERING DRAWING. Harapan akan saya letak pada ketiga-tiga subjek ni untuk dapat A, tak kisah la A+ ke A- ke A ke. Asalkan A dalam tangan. Semoga tiga paper ni tak de la susah sangat. Kalau susah sangat harap saya boleh la buat untuk menjawab semua soalan yang ditanya nanti. Salam untuk kali ni...

Friday, November 6, 2009

SPM DaH DekAt

Bila teringat pada SPM memang gementar la sangat. Dah tak lama dah nak duduki SPM, setakat ni persedian untuk menghadapinya sedang dalam pemeriksaan dan pemantapan yang terakhir. Harapan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang masa result keluar nanti. Alhamdulillah chemistry and physics fuhhh...! Boleh tahan dah sekarang, tapi apa2 pun usaha akan tetap diteruskan hinggalah hari peperiksaaan yang sebenar. Pada semua rakan-rakan satu kelas semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang juga ya! Moga-moga tahun kita dapatlah menjadi tahun penanda aras untuk SPM SMK Seri Jempol. Ingatlah segala pesanan cikgu2, kita sama2lah berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang ok! Gud luck untuk sume...




Pada sume budak2 'Bio' buat yang terbaik k...

Rohayu
Natasha
Shikin
Farhana
Hanisah
Mastura
Athikah Falshah
Halimatun
Firdaus

Pada budak Lukisan Kejuruteraan pun GUD LUCK! 9A+

Haqim
Anwari
Hidayah
Fateha
Zawawi
Farahanis
Farhan
Aswad
Saleha



Dan tidak dilupakan budak2 ICT,BIO/LK do our best 10A+

Azizul
Insyirah
Saodah
Hajar
Navin
Hafiz


Thursday, October 15, 2009

JaMuAn RaYa o9

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia semua...hehe.. kali ni aq nak cite skit pasal jamuan raye kat skul. Meriah betul hari tu, lagi pulak budak PMR maklumla baru lepas habis exam. Ramai btul bebudak skul ni yang datang. Makanan yang besh2 pun banyak ar sampai dah tak larat nak makan, rendang, nasi impit, kek coklat dan macam2 ag ar.. x larat nak sebut sume. Lagipun taun ni kene meriah skit sebab last year nk duk kt skul nih, taun depan belum tentu ag dpt celebrate meriah macam nih wlaupun dah nak abih syawal.

Kat bawah ni adela sikit gamba kitorang kat jamuan tu...

Untuk tatapan jer...






































Yang ni sume classmates prempuan aq..



ANJAKAN RABBANI

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia, alhamdulillah pada 9 hingga 11 Oktober lalu saya telah selesai mengikuti program anjakan rabbani bersama Ustaz Asri. Di sana saya dapat mengetahui pelbagai ilmu yang tidak pernah saya temukan. Ilmu yang saya dapat semasa di sana sangat berguna untuk kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Segala tunjuk ajar yang diberikan begitu menusuk ke kalbu setiap peserta di kem tersebut. Pelbagai langkah boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian seseorang, program tersebut juga telah banyak mengubah kehidupan saya. Program tersebut juga telah dibantu dari segi pengurusannya oleh cikgu Fiza, kedua-dua mereka sangat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini. Semangat yang ditunjukkan oleh cikgu Fiza sangat mengharukan saya.

Seramai 62 orang peserta tela terlibat secara langsung dalam pelbagai sesi ceramah dan aktiviti yang diadakan, tiada satu pun sesi di situ yang membangkitkan perasaan bosan. Tapi, semua sesi yang dijalankan betul-betul memberi kesedaran dan keinsafan. Saya harap ukhwah yang terjalin sesama peserta juga
Ustaz Asri dan Cikgu Fiza akan terus berkekalan sepanjang hayat. Mogaukhwah yang terjalin ini mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Amin...

Saya mengambil kesempatan ini bersyukur kerana dapat mengikuti program ini dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan pada Ustaz Asri dengn cikgu Fiza kerana menganjurkan kursus yang amat bermakna ini. Pada kawan2 saya mohon kemaafan andainya hati korang pernah tersentuh sebab kata-kata aku, perbuatan aku. Wasalam...

Untuk tatapan jer.....

































































Hehe..teka gaye sape paling menarik? .....^_^

Saturday, October 3, 2009

rEsUlT TrIaL o9 - ArGhh!

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dapat juga saya nak online, sebab minggu pertama lepas raya ni memang sibuk sangat2. Naik cuti raya ni macam-macam benda yang berlaku. Perkara yang paling best minggu ni adalah dapat result untuk trial, result trial memang teruk. Harap bolehla dapat result yang lebih bagus untuk SPM nanti. Terima kasih kepada semua cikgu yang sudi untuk menanda kesemua kertas jawapan saya. Walaupun banyak jawapan saya yang memang tak tepat, result trial kali ni tak seperti yang diaharapkan. Tapi saya tetap bersyukur atas nikmat yang telah saya dapat.

Masa hari pertama masuk sekolah ari tu, kitorang pagi2 lagi ada sesi kaunseling dengan Ustaz Asri. Seronok betul dengar Ustaz Asri ni bagi sesi kaunseling, tersentuh hati nurani seorang manusia yang banyak kesilapan seperti saya ni. Banyak input yang Ustaz Asri beritahu, semua poin yang ustaz bagi ada saya buat catatan tapi catatan tu hilang ntah ke mana la pulak. Nantilah kalau saya ingat saya letak la nasihat ustaz dalam post yang akan datang. Ustaz ni memang best, banyak memberi inspirasi dan terutamanya banyak menyedarkan saya. Saya memang betul2 tersentuh bile dengar Ustaz Asri bercakap. Tapi kaunselor kitorang yang lagi satu cikgu Fiza hebat gak, dia pun selalu tolong kitorang dengan borang2 yang berbagai untuk kitorang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih cikgu.

Friday, September 25, 2009

Pentingkah Kejujuran?

Assalamualaikum, sememangnya jujur merupakan satu aspek yang sangat penting untuk kita meneruskan sesuatu hubungan yang akan berkekalan sepanjang zaman. Tapi perlukah kita untuk meluahkan kejujuran itu? Bagi saya tidak kira walau di mana kita berada, walau jauh di mata, kejujuran dan kepercayaan sangatlah berkait untuk mengekalkan sesuatu persaudaraan itu. Jadi jujurlah sementara kita mempunyai ruang dan masa untuk berkelakuan sedemikian. Seandainya semuanya sudah bertukar menjadi bubur. Tidak bermakna lagi air mata, tidak bernilai lagi hilai tawa, yang tinggal hanyalah duka dan sengsara.

UNTUKMU

Walau berbagai corak rintangan
Walau berbagai halangan dan cabaran

Walau jauh kau dari pandangan

Tapi kasihmu tetap subur di sanubari

Aku tidak pernah menyesal mengenalimu

Aku tidak menyesal bersamamu

Tidakku hampa jauh denganmu

Harapan kusandar buat penenang

Agar dirimu kekal di ingatan

Di kejauhan
Ku mohon salam kemaafan
Agar ada ruang untukku
Akan kutebus segala kesalahan
Andai danau sanubarimu tak tenang seperti dulu
Maafkan aku
tidak mampu untuk membahagiakanmu..

Buat insan yang jauh di mata...




Thursday, September 24, 2009

Trip Hari Raya 2

Assalamualaikum, hari yang cerah untuk hari raya kedua. Hari ni pun best jugak sebab hari ni memang betul2 nak balik kampung. Hari ni balik kampung rumah atuk sebelah mak. kat kampung ni atuk tinggal sorang2 je.. nenek..... dah lama pergi, sedih sangat tengok atuk sorang2 je duduk kat kampung, nasib baik la ada adik mak yang duduk sebelah rumah atuk untuk jage atuk. Tak de la atuk keseorangan. Tahun ni ramai jugak la adik2 mak yang balik raya hari raya yang 2. Emm.. sume umur dah lanjut jadi anak cucu dah banyak so raya la kat rumah masing2 dulu, raya kedua baru balik kampung. Masa kitorang sampai kat rumah atuk masa tu kuarga cik Yati ngan Busu dah ada kat sane.

Suke betul hari2 dapat jumpe sanak saudara. Hehe...Gembira betul atuk tengok kitorang balik kampung. lebar betul senyum,so macam biasa la buat muka budak2 nak minta duit raya. Hurm... tak dapat pun, salam kosong je. Huahuahua. Tak pe la saya reda, tapi best la dapat jumpe ngan sepupu2 nih. Lame btul tak jumpe diorang. Malam tu ingatkan diorang sume nak tido umah atuk rupenye sume nak balik, tinggallah kitorang kat rumah atuk satu kuarga ngan atuk merayakan malam raya kedua bersama. Memang tak ada benda nak buat malam tu. so duduk tengok tv jela. ingatkan nak pergi rumah Pak Yahya beraya upenye die tak de rumah, so balik jela. Tapi pape pun seronok tetap ada cos dapat bawak atuk jalan2 malam tu. Bkan slalu dapat bawa atuk p jalan2.

Trip Hari Raya 1

Seronok betul raya tahun ni.. Raya pertama pergi balik KL, umah atuk an nenek sebelah abah. Hehe...orang raya balik kampung tapi saya raya p balik bandar, pelik sikit la. Apa2 pun happy jugak la dapat beraya kat sana cos bukan tiap-tiap tahun dapat raya kat rumah nenek tu. Jauh kan tu yang susah sangat nak pergi. Memang dah lama kitorang satu keluarga tak balik raya kat rumah nenek sebelah abah ni. Lama la jugak sebab dalam 5 6 tahun ni kitorang banyak habiskan raya di rumah Serting jer. Tak sempat nak pergi KL satu hari raya, kalau balik pun 4 5 hari raya baru dapat p sana. Tapi tahun ni, lepas je sembahyang raya kitorang pun bertolak p KL. Lambat betul kitorang samapi kat KL tu, dalam pukul 4 lebih barula sampai. Memang penat sangat duduk dalam kereta lama-lama tambah pula duduk berhimpit kat belakang kereta tu tiga orang ngan Angah n Ude. Mcam sardin pun ade gak. tapi pape pun saya tetap gembira sebab dapat balik 'bandar' sesame tahun ni. bukan selalu pun nak jadi inti sardin kan. Hehe...Bila sampai je kat sane ade la paksu ngan ibu kat sana. Diorang dah sampai dulu sebab diorang memang duduk area2 situ jer, dalam kuarga abah, abah la yang duduk paling jauh, susah betul nak jumpa Atapi tak de la sampai lost contact. Zaman kan dah maju, line celcom penuh kat serting ni so bolehla col slalu. ermmm.. best la jugak daripada raya tahun lepas.

Ha...yang tadi tu baru raya pertama kitorang pergi beraya. Belum hari yang seterusnya. Duit raya? Eh,, banyak jugak dapat, Ermmm... kali ni tak de gamba nak upload. Lupa la sangat2 nak amik gambar, dah seronok sangat jumpe ngan sanak saudaraku yang sudah lama tidak ku temu, Hihi.. ok la... nanti sambung untuk hari raya kedua pulak. Wasalam

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya






















































Alhamdulillah.. seronoknya hari ni hari raya, hari yang sangat kite tunggukan. Semoga semua daripada kita mendapat rahmat daripada Allah S.W.T dan semoga sihat selalu untuk pergi beraye. Kalau pergi beraye nanti jangn makan banyak sangat nanti pegi rumah yang lain dah perut penuh n tak boleh makan lagi, rugi betul.. hehe Hari ni jugak dapat duit raye, tak sangke dah nak SPM pun boleh dapat duit raya lagi, banyak juge duit raye tahun ni, ingatkan dah besar-besar ni tak dapat duit raye, tapi dapat jugak. Plan untuk gunekan duit raya tu tak tau lagi, macam2 tengah ada kat fikiran ni nak beli ap? Nak pergi jalan raya? ermm..tak tau lagi cos tak de kawan nak ajak p jalan2. Anta msg pun asyik pending je, so duduk jela kat rumah update blog ni. Buat kengkawan satu kelas SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN - KEPADA
ANWARI,
HAQIM,
HIDAYAH,
TEHA,
TASHA,
AYU,
TURA,
TIKAH,
FARAHANIS,
FARHANA,
NISAH,
C-POT,
HAJAR,
DAUS,
HAFIZ,
LEHA,
ATUN,
ODAH,
INSYIRAH,
FARHAN,
ASWAD,
AWI N TAK DILUPAKAN NAVIN.

Di hari raya ni aku nak doakan korang agar dapat result yang cemerlang dalam SPM nanti. Moga tahun ini kita dapat melonjakkan name SMK Seri Jempol ke persada yang lebih cemerlang. Biar kita sesama cipta sejarah sebagai batch paling cemerlang dalam sejarah SMK Seri Jempol. Walaupun terlalu banyak konflik dalam kelas kita ni. Raya tahun ni banyak2 la minta maaf ye.. aku pun nak minta maaf kat korang gak ye... Pada Cikgu2 pun selamat hari raya gak.
CIKGU MASRI TEACHER FARIDAH CIKGU YAACOB TEACHER KALAISELVI CIKGU TENGKU ROSMINI USTAZAH IRYANI CIKGU SHAHRIN SIR SELVAM CIKGU MASHARYATI CIKGU AFENDI
DAN PADA SEMUA CIKGU2 LAIN YANG MENGAJAR DI SMK SERI JEMPOL.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Esok Hari Raya

Alhamdulillah... akhirnya esok semua umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut 1 Syawal yang sememangnya ditunggu-tunggukan. Sudah sebulan kita berpuasa, menahan lapar dahaga, dan menahan apa2 jela perkara yang boleh membatalkan puasa kita.. apa2 pun raya tetap raya, semua orang mesti enjoy.. segala persiapan raya dah siap daha tapi kuih raye rase2nye belum masuk dalam bekas lagi. Hehe.. tapi tak apelah pagi2 ok pun boleh buat, bukannya susah sangat.

Waktu pengumuman raya tadi hati berdebar-debar sangat. Harap2 raya esok, tengok2 betul, seronok yang tak terhingga rasenye hati nih. Jiran sebelah rumah ngan jiran depan rumah ni banyak betul mercun, dari pukul 7.30 sampi 8.45 tak habis2 lagi main mercun. Seronok giler dapat tengok orang main mercun malam2 raye ni lagi pulak kita tengok je orang lain yang main mercun, sebab kalau kita tengok n enjoy je diorang main mercun kita bolehla tumpang gembira sebab tak tahu nak beli mercun kat mane. Zaman sekarang nih rase-rasenye macam susah je nak mencari mercun. tau2 orang dah main, tak tau mane diorang dapat mercun banyak2 tuh.

Malam raya ni tak de buat pape pun. Duk dalam rumah , kemas rumah sikit2 n ade la tolong tengokkan ketupat kat dapur tu. Kitorang sekeluarga tiap2 taun anyam ketupat daun. memang seronok bila dapat satu keluarga anyam ketupat sama2. macam macam cerita yang keluar. kelakar betul. by the way taun ni la taun pertama yang tak pasang pelita kat rumah. tak macam raya sebelum ni.. mesti pasang pelita bila dah masuk 15 hari puasa. Errrmm... lagipun tengah sibuk dengan trial tu yang tak sempat nak pasang pelita tuh, lagipun minyak mahal, kayu pun tak tau mane nak cari. Tapi semua tu tak kisah pun yang penting saye dapat raye dengan seronok n gembira satu keluarga.

Balik kampung? ermm, tak tau lagi bila nak balik kampung ura2 hari raya kedua. so hari raya pertama raya dekat sini jela. Dapat la pg jalan-jalan rumah kengkawan mase raya pertama, tapi bebudak ni ramai jugak yang p beraya dekat kampung. kalau diorang takde kat rumah, terpaksalah duduk je kat rumah habiskan kuih raye yang banyak ni. hahaha, banyak jugak rumah kene pg raya tahun ni sebab kawan dah bertambah.
Oklah.. hope tahun ni raya akan lebih bermakna walaupun SPM dah nak dekat dah. kenelah struggle smart betul2 lepas raye ni.. naik sekolah result penuh keluar... takutnyerrrr.. k Wasalam.. c ya

Friday, September 18, 2009

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Hai.. dah lama rasanya tak update blog nih.. maklum jela sibuk dengan trial spm ni...sibuk betul dengan trial ni.. macam macam soalan yang keluar, yang susah, senang, mencabar, mencekik malah yang membunuh pun kekadang ada satu dua soalan. Tapi apa-apa pun saya boleh buat jugak la.. hehe, harap keputusan tak de la teok sangat. Untuk Physics dengan Chemistry rasa-rasa paling tinggi pun boleh dapat c5 je untuk dua2 subjek tu. Apa2 pun nasib la dah habis trial ni.. ok....

Wednesday, August 26, 2009

Three Days in Kluang

Emmm..first of all I'm just happy for being here in last three days. Along those three days I'd done a lot of things with my bro and sis. We all having fun together, on the first night I'm in Kluang, my bro and sis took me to have our dinner at Pizza Hut in Kluang Mall. I'd never been to that particular place before, we chosed strategic placed to enjoy our dinner. We ordered Chicken Massala pizza, it's really nice. Then, after that we made our move to Popular Bookstore to buy camera magazines for my bro. I'm usually came to the bookstore whenever I came to Kluang. There's a lot of books there, educational book, motivational books, stories, fiction and many more. Then we went back to home and get our sleep...thank you.

Tuesday, August 25, 2009

TRIAL SPM 2009

Salam ...Huh...tak tau la nak cakap macam mana dengan Trial sekarang ni... rasa macam teruk je result nanti. Baru 4 subjek BM,SJ,BI,MM. Setakat ni, BM ngan MM dah dapat dah resultnya. Alhamdulillah boleh la tahan resultnye tapi sekarang nih masalahnye kat sejarah. Kertas 1 sejarah jangan cakap la.. truk sangat2!!! lebih 2 je daripada separuh markah. Memangla tersangat teruk,sekarang ni nak mengharap pada kertas 2 untuk dapat markah tinggi, paling kurang pun A2 jadila. Ape yang baca semuanya tak masuk. Minggu depan ad Pendidikan Agama Islam, Additional Mathematics ngan Physics. Harap-harap boleh la buat, dan dapat jawab dengan betul tak macam sejarah. Add Math ngan Physics tu memang la susah tapi kena try gak yang terbaik...

First Day...

Assalamualaikum... hi, hari ni hari pertama buat blog ni.. hope this blog look nice...