Thursday, October 15, 2009

JaMuAn RaYa o9

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia semua...hehe.. kali ni aq nak cite skit pasal jamuan raye kat skul. Meriah betul hari tu, lagi pulak budak PMR maklumla baru lepas habis exam. Ramai btul bebudak skul ni yang datang. Makanan yang besh2 pun banyak ar sampai dah tak larat nak makan, rendang, nasi impit, kek coklat dan macam2 ag ar.. x larat nak sebut sume. Lagipun taun ni kene meriah skit sebab last year nk duk kt skul nih, taun depan belum tentu ag dpt celebrate meriah macam nih wlaupun dah nak abih syawal.

Kat bawah ni adela sikit gamba kitorang kat jamuan tu...

Untuk tatapan jer...






































Yang ni sume classmates prempuan aq..



ANJAKAN RABBANI

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia, alhamdulillah pada 9 hingga 11 Oktober lalu saya telah selesai mengikuti program anjakan rabbani bersama Ustaz Asri. Di sana saya dapat mengetahui pelbagai ilmu yang tidak pernah saya temukan. Ilmu yang saya dapat semasa di sana sangat berguna untuk kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Segala tunjuk ajar yang diberikan begitu menusuk ke kalbu setiap peserta di kem tersebut. Pelbagai langkah boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian seseorang, program tersebut juga telah banyak mengubah kehidupan saya. Program tersebut juga telah dibantu dari segi pengurusannya oleh cikgu Fiza, kedua-dua mereka sangat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini. Semangat yang ditunjukkan oleh cikgu Fiza sangat mengharukan saya.

Seramai 62 orang peserta tela terlibat secara langsung dalam pelbagai sesi ceramah dan aktiviti yang diadakan, tiada satu pun sesi di situ yang membangkitkan perasaan bosan. Tapi, semua sesi yang dijalankan betul-betul memberi kesedaran dan keinsafan. Saya harap ukhwah yang terjalin sesama peserta juga
Ustaz Asri dan Cikgu Fiza akan terus berkekalan sepanjang hayat. Mogaukhwah yang terjalin ini mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Amin...

Saya mengambil kesempatan ini bersyukur kerana dapat mengikuti program ini dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan pada Ustaz Asri dengn cikgu Fiza kerana menganjurkan kursus yang amat bermakna ini. Pada kawan2 saya mohon kemaafan andainya hati korang pernah tersentuh sebab kata-kata aku, perbuatan aku. Wasalam...

Untuk tatapan jer.....

































































Hehe..teka gaye sape paling menarik? .....^_^

Saturday, October 3, 2009

rEsUlT TrIaL o9 - ArGhh!

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dapat juga saya nak online, sebab minggu pertama lepas raya ni memang sibuk sangat2. Naik cuti raya ni macam-macam benda yang berlaku. Perkara yang paling best minggu ni adalah dapat result untuk trial, result trial memang teruk. Harap bolehla dapat result yang lebih bagus untuk SPM nanti. Terima kasih kepada semua cikgu yang sudi untuk menanda kesemua kertas jawapan saya. Walaupun banyak jawapan saya yang memang tak tepat, result trial kali ni tak seperti yang diaharapkan. Tapi saya tetap bersyukur atas nikmat yang telah saya dapat.

Masa hari pertama masuk sekolah ari tu, kitorang pagi2 lagi ada sesi kaunseling dengan Ustaz Asri. Seronok betul dengar Ustaz Asri ni bagi sesi kaunseling, tersentuh hati nurani seorang manusia yang banyak kesilapan seperti saya ni. Banyak input yang Ustaz Asri beritahu, semua poin yang ustaz bagi ada saya buat catatan tapi catatan tu hilang ntah ke mana la pulak. Nantilah kalau saya ingat saya letak la nasihat ustaz dalam post yang akan datang. Ustaz ni memang best, banyak memberi inspirasi dan terutamanya banyak menyedarkan saya. Saya memang betul2 tersentuh bile dengar Ustaz Asri bercakap. Tapi kaunselor kitorang yang lagi satu cikgu Fiza hebat gak, dia pun selalu tolong kitorang dengan borang2 yang berbagai untuk kitorang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih cikgu.