Friday, January 1, 2010

Kerinduan Di Tahun Baru 2010

Salam, selamat tahun baru pada semua, moga semua memulakan tahun baru pada tahun ni dengan azam yang baru. Setiap daripada kita pasti mempunyai azam yang tersendiri yang ingin di capai. Samada untuk berjaya di dalam peperiksaan, menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, got a promotion, ataupun apa-apa sahaja azam yang telah kita sematkan dalam diri kita untuk mencari jalan yang betul untuk menggapainya.

Salam kerinduan buat semua cikgu yang masih lagi mengajar di SMK Seri Jempol. Tahun ni saya tak ada lah sibuk-sibuk lagi nak mencari pakaian untuk tahun baru untuk menjalani sesi persekolahan, sebab tahun ni semua tu hanya tinggal kenangan yang abadi.Rindu sering bertapak di hati untuk kembali menjengah dan menuntut ilmu kembali kat sekolah tu. Tapi semua tu mustahil sebab sekolah tu tak de Form 6, so tak dapat nak further study kat sekolah tu. Apa-apa pun segala kenangan yang saya pahatkan di setiap sudut sekolah tu tidak mungkin saya luputkan dari ingatan selama-lamanya. Sungguhpun di hati ni rindu sangat nak jumpa dengan semua cikgu dan kawan-kawan yang boleh dikatakan 'junior' di sekolah. Hehe...takdela... semua kawan yang sama..

Walaupun hakikatnya memang saya akan kembali juga ke sekolah hanya untuk mengambil result SPM 2009. Tak banyak yang boleh diperkatakan untuk keputusan peperiksaan tu nanti. Keputusan yang "MAYBE" tidak membanggakan sekolah dan semua guru-guru, but "I'd tried my very best!'. Bila masa ambil keputusan nanti mesti la malu nak jumpa dengan semua cikgu yang pernah ajar waktu di 5 Arif dulu. Tak tahu apa yang nak diperkatakan.

Whatever it is, I want to thank to all the teachers that had been teaching me since I'm in Form 1 till here I am. I just want you to know that, I love you all and thanks again for EVERYTHING. I'll never forget the time that we had cherish together. ok

Semoga nama SMK Seri Jempol akan terus gemilang di dalam Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment