Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah tadi saya pergi ke solat Jumaat kat masjid jamek Felda Raja Alias 2. Tak de la jauh sangat dengan rumah. Semasa dengar khutbah tadi, saya dapati kandungan khutbah pada hari ni cukup menarik untuk dikongsi bersama. Tajuk khutbah pada hari ni ialah 'Masjid Sebagai Tempat Perpaduan'. Tapi saya dapat memberi gambaran secara rawak jela sebab tadi tak bawa pen dan kertas so tak dapat nak ambil input yang lain. Input yang ini pun dari apa yang saya ingat dan sempat lekatkan di dalam fikiran.
Masjid sememangnya menjadi tempat perpaduan bagi umat Islam. Masjid juga menjadi suatu simbol perpaduan dan tersebarnya syiar Islam disesebuah kawasan tersebut. Peranan masjid begitu penting dalam kehidupan setiap umat Islam. Masjid wajar dijadikan tempat menuntut ilmu, mendirikan solat berjemaah dan sebagainya dengan perkara yang berfaedah.
Generasi muda pada hari ini sangat disaran untuk bersama-sama mengimarahkan sesebuah masjid itu kerana generasi muda ini dapat membentuk mahabbah yang lebih erat seandainya mereka bersama-sama berjemaah di dalam masjid. Masjid juga menjadi tempat terbaik untuk melihat satu kepimpinan yang berkesan di mana setiap makmum akan mengikut setiap pergerakan imam. Ada juga sesetengah generasi muda yang menganggap bahawa masjid hanyalah tempat untuk waraga tua sahaja. Mereka seharusnya berfikiran yang lebih terbuka untuk bersama-sama di masjid.
Juga diselitkan peranan setiap ahli Qariah iaitu ibu dan bapa perlulah mengambil berat akan anak-anak mereka supaya mereka lebih mendekatkan diri dengan masjid. Setiap anggota qariah juga perlu bersama-sama mengimarahkan masjid. Para pegawai dan ahli jawatankuasa pula dinasihatkan menunjukkan teladan yang baik kepada setiap ahli qariah. Hal ini demikian kerana ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk datang ke masjid.
Alhamdulillah, samapai situ sahajalah yang dapat saya kupas tentang khutbah tadi. Tapi yang saya kupas ni bukan teks sebenar semasa khutbah tapi dari apa yang saya faham dengan apa yang disampaikan oleh khatib sahaja. Untuk renungan agar kita akan terus mengimarahkan masjid sebagai tempat perpaduan. amin....
Sekian, terima kasih.

0 comments:
Post a Comment