Wednesday, February 10, 2010

28??

Assalamualaikum ...

Ermm .. tadi g lepak ngan budak2 ni kat kedai ustaz. Saje jer lepak dah lame tak jumpe nan diorang sume, ada tika, tura, shauqi, farid, aqra ngan borhan. Sumenye old friend yang jarang jumpe. Seronok gak dapat lepak sesame sekali sekala.

Masa dah nak balik tadi ada plak terdengar khabar angin yang mengatakan keputusan SPM kluar 28 feb nih. Tekejut juga masa dengar khabar angin tu, cepatnya kluar. Kalau la betul kluar 28 ni memang la mendebarkan sangat2, macam2 yang tengah berlegar kat dalam kepala ni tentang keputusan tu. Ish!!!

Tuesday, February 9, 2010

Sing a Song Session

Enjoy urself with this luvly song ... come on sing along! get urself happy!

Owl City - Fireflies

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep
Cause they fill the open air
And leave teardrops everywhere
You'd think me rude, but I
Would just stand and stare.

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep,
Cause everything is never as it seems.

Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightening bugs
As they tried to teach me how to dance.
A foxtrot above my head,
A sock-hop beneath my bed,
The disco ball is just hanging by a thread.

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep,
Cause everything is never as it seems.
(When I fall asleep.)

Leave my door open just a crack.
(Please take me away from here.)
Cause I feel like such an insomniac.
(Please take me away from here.)
Why do I tire of counting sheep?
(Please take me away from here.)
When I'm far too tired to fall asleep
To ten million fireflies.
I'm weird, cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell.
But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
Cause I saved a few,
And I keep them in a jar.

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep,
Cause everything is never as it seems.
(When I fall asleep.)

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly.
It's hard to say that I'd
Rather stay awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams

Mahu ke Tak Mahu~

Assalamualaikum ...

Salam 1 Malaysia ,

Hurmm ... kalau nak dikira tak tahu pula bile tarikh sebenarnye. Tapi dalam hati nak tau sangat dengan result nanti, tapi kekadang rasa cam tak nak amik pon tak per ... yela ari tu masa jawab exam tak pernah rasa seteruk tuh!! hua hua ...

ada gak rasa cam nak buat countdown untuk hari result kuar, tapi kalo buat coundown lagi risau. So menunggu jela duk kat umah, sambil tu sudah an lesen keter. Lama betul nak abiskan lesen kereta nih, bosan sungguh. Dah tak sabar nak g jenjalan nek keter nih. 24 aribulan dua nih test JPJ untuk kereta plak, he he macam biasa mesti ada gementar menjengah, takut menggigil; nanti tak lepas pulak ujian JPJ tu dah kene repeat blik... isk3 rugi kalo nak repeat2 nih ...

Kembali pada result SPM nih, kenape la asal amik exam kene amik result??? Kenape la kene ade result??? Takut giler nak berhadapan dengan result nanti, malu nak g skul amik result. Tapi kalau tak amik result waktu hari keluar result tu nanti dah tak bley amik dah, susah gak ... mmmm!

p/s; kalau ad sesape yang sudi nak bagi semangat kat sy sila2 la anta cmments yer ... comments ada sangat dihargai. tq

Tuesday, January 26, 2010

Pilihanku yang Mana?

Salam ...

Semuanya bermula sejak saya melangkah ke sekolah menengah. Sudah berbagai laman web yang telah kuterokai untuk menyelami lebih banyak maklumat untuk menjadi seorang juruterbang. Sememangnya diakui bukan senang nak jadi seorang juruterbang ni, yang paling penting keputusan SPM mesti la bagus untuk melayakkan diri memasuki akademi penerbangan di Malaysia nih. Setakat ni banyak jugala maklumat yang telah dikumpul tentang perjalanan untuk menjadi seorang juruterbang. Modal yang diperlukan untuk menceburi bidang ini ialah paling kurang untuk mengambil kursus Private Pilot License(PPL) sebanyak RM20,000++.

Setakat research yang telah dijalankan terdapat 3 akademi penerbangan kat Malaysia ni, tak termasuk AIR ASIA ACADEMY.

1. Malaysia Flying Academy, Malacca


2. Asia Pacific Flight Training, Kelantan



3. HM Aerospace, Langkawi
Kalau nak masuk bukan setakat nak tengok result dengan duit jer ... mesti jugak buat medical examination, kalau lepas medic exam tu barulah dapat masuk, kalau tak, sungguhpun result bagus pun belum tentu dapat. Ermm ... lagi satu english kene bagus untuk menhadiri temuduga nanti. Setakat ni kalau normal daily conversation tu boleh la, tapi kalau nak strong vocab tu susahlah sikit. Hehe ...

Kadang-kadang pening juga nak fikir academy mana nak apply bila result nak keluar nanti. Tapi kalau buat keputusan awal-awal pun belum tentu lagi sebab belum tentu result macam mana. Apapun yang penting mesti ada 'passion and determination' untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Ok... Terima Kasih

Sunday, January 24, 2010

Kemenangan Tanpa di Duga

Salam...

Alhamdulillah setelah lebih dua bulan menunggu akhirnya berakhirlah debaran untuk pertandingan yang saya masuk dulu. Kejayaan ni memang memuaskan hati betullah, tak sangka dulu masa hantar karya kat pertandingan ni tengah sibuk preparation untuk SPM. Dapat saguhati pun cukup memuaskan sebab karya ni buat sendiri, hehe Cikgu Masri macam biasa ar mestila ada tolong.

Ucapan terima kasih buat ibu-bapa yang bagi kebenaran nak masuk pertandingan ni, sebab kan dah nak dekat SPM dulu, pada Cikgu Masri yang memang banyak bantu saya. Hehe... gembira sungguh, walaupun tak dapat pergi ceremony sebenar tapi dapat pakai pos pun jadilah yang penting dapat hadiah dengan sijil.

Hadiahnya dapat la satu sijil dengan wang tunai berharga RM 100.00. Banyak jugak sebab dulu masa buat karya ni tak pakai modal pun ... untung sungguh ... Mudah-mudahan dengan kejayaan ni dapatlah jadi semangat untuk meneruskan karya dalam bidang sastera ni.

Friday, January 22, 2010

Masjid Sebagai Tempat Perpaduan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah tadi saya pergi ke solat Jumaat kat masjid jamek Felda Raja Alias 2. Tak de la jauh sangat dengan rumah. Semasa dengar khutbah tadi, saya dapati kandungan khutbah pada hari ni cukup menarik untuk dikongsi bersama. Tajuk khutbah pada hari ni ialah 'Masjid Sebagai Tempat Perpaduan'. Tapi saya dapat memberi gambaran secara rawak jela sebab tadi tak bawa pen dan kertas so tak dapat nak ambil input yang lain. Input yang ini pun dari apa yang saya ingat dan sempat lekatkan di dalam fikiran.

Masjid sememangnya menjadi tempat perpaduan bagi umat Islam. Masjid juga menjadi suatu simbol perpaduan dan tersebarnya syiar Islam disesebuah kawasan tersebut. Peranan masjid begitu penting dalam kehidupan setiap umat Islam. Masjid wajar dijadikan tempat menuntut ilmu, mendirikan solat berjemaah dan sebagainya dengan perkara yang berfaedah.

Generasi muda pada hari ini sangat disaran untuk bersama-sama mengimarahkan sesebuah masjid itu kerana generasi muda ini dapat membentuk mahabbah yang lebih erat seandainya mereka bersama-sama berjemaah di dalam masjid. Masjid juga menjadi tempat terbaik untuk melihat satu kepimpinan yang berkesan di mana setiap makmum akan mengikut setiap pergerakan imam. Ada juga sesetengah generasi muda yang menganggap bahawa masjid hanyalah tempat untuk waraga tua sahaja. Mereka seharusnya berfikiran yang lebih terbuka untuk bersama-sama di masjid.

Juga diselitkan peranan setiap ahli Qariah iaitu ibu dan bapa perlulah mengambil berat akan anak-anak mereka supaya mereka lebih mendekatkan diri dengan masjid. Setiap anggota qariah juga perlu bersama-sama mengimarahkan masjid. Para pegawai dan ahli jawatankuasa pula dinasihatkan menunjukkan teladan yang baik kepada setiap ahli qariah. Hal ini demikian kerana ia akan dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk datang ke masjid.

Alhamdulillah, samapai situ sahajalah yang dapat saya kupas tentang khutbah tadi. Tapi yang saya kupas ni bukan teks sebenar semasa khutbah tapi dari apa yang saya faham dengan apa yang disampaikan oleh khatib sahaja. Untuk renungan agar kita akan terus mengimarahkan masjid sebagai tempat perpaduan. amin....

Sekian, terima kasih.



Sunday, January 17, 2010

Dulu ... dan ... Kini

Salam dan salam 1 Malaysia,

Dulu (L)=Learner's


Sekarang (P)=Probationary

Lepas ni boleh la jalan jauh sikit, hehe, tak pe yang paling penting lesen dah ada, kalau ada pape hal nanti tak de lesen dah susah. Yang lebih best lagi nanti bila dah dapat kereta pula. Pape pun saya tetap bersyukur dah lulus...

Bingkisan Dari Sahabat...

Salam...

Pagi-pagi lagi rumah saya telah didatangi oleh kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Malangnya pertemuan kami tidak lama, dia hanya singgah untuk memberikan saya sedikit buah tangan buatannya sendiri. 'tapai pulut', terima kasih saya ucapkan.. Semoga persahabatan kita akan kekal selama-lamanya sepanjang hayat dan kita tak akan mungkin terpisah sebagai seorang sahabat. Sedap betul TAPAI ni........

Terlalu banyak yang telah kami kongsikan bersama sejak PMR sehingga SPM. Banyak suka duka yang dilalui yang sarat dengan nasihat dan tunjuk ajar yang berguna dan juga pertukaran pendapat sesama kami seandainya ada masalah yang mula membenih.

Terlalu banyak kenangan... seperti biasa jika ada kelapangan saya pasti akan datang ke rumahnya untuk berkongsi cerita yang berbagai..Kalau pasal borak memang rancak, macam-macam topik yang dibincangkan...Hehe...tapi apa pun dia memang baik...

Semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.. Amin,.. saya doakan.

Wednesday, January 13, 2010

Akhirnya... LULUS!

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah penantian selama seminggu telah berakhir jua. Sesi ujian JPJ Motorsikal dah pun saya jalani, segalanya berjalan dengar lancar dan teratur.

Pada mulanya memang gubra juga la sebelum nak datang ambil ujian ni. Pagi2 lagi dah tinggalkan tempat tidur meskipun hati tak nak berpisah dengan katil tersebut. Hehe.. Malam sebelum pergi test tu memang mata ni tak dapat nak dilelapkan langsung, segar pulak sepanjang masa, tak dapat nak tidur sebab tak sabar nak p ambil ujian JPJ. Lepas tu, pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi ni. Sampai je kat institut memandu tu saya dan yang lain telah diberi taklimat ringkas tentang perjalanan ujian pada hari tersebut.

Fuhhhhhh! Lama betul nak menunggu giliran nak bawa motor ni, dah la giliran no 35 daripada 40 lebih.. Sabar jela menjadi peneman hati dan sanubari pada waktu tu. Kalau nak potong giliran kang ada yang kena marah dengan orang JPJ tu. Itupun ada juga orang yang kena marah ngan JPJ tu. "Ha, kalau rasa nak burak p balik uma jangan amik lesen!"

Haha.. Itulah antara dialog yang meluru keluar dari mulut orang JPJ tu.. Mana tidak kena marah, JPJ tu dah tiup wisel dah suruh jalan tapi sibuk la berburak ngan kawan dia, kan dah dapat ubat..Lain kali kena fokus pada matlamat agar kejayaan dapat digapai. Hehe..

Waktu sedang menunggu tu dalam hati ni berdebar sangat-sangat. Macam2 perasaan ada, bercampur baur.

Akhirnya tibalah giliran saya untuk beraksi..Hahaha... Cuak juga masa nak memulakan ujian tu, mula2 ujian pusingan 8, lepas tu meniti atas papan, masa yang diperlukan untuk lulus tu biasa la mesti lebih dari 7 saat. Tapi saya buat lama sikit masa kat atas titi tu 11.06 saat. Seperti biasa bahagian yang paling menjadi kerisauan. Brek kecemasan, nasib baik tadi dapat buat brek tu dengan jayanya. Alhamdulillah.

Lepas je saya tamatkan semua komponen ujian tibalah masa untuk mengetahui keputusan ujian. Jeng ... jeng ... jeng ... LULUS! Hehehehehe.... tak sia2 datang berlatih kat cni lama2 sebelum ni. Segalanya telah membuahkan hasil yang sangat memberansangkan. Lepas ni nak ambil lesen kereta pula. Terpaksalah datang lagi ke institut tu....

Tatapan...


Thursday, January 7, 2010

Lesen Motor

Salam, pasal kes nak ambil lesen ni baru sekarang saya sedar susah jugak nak mendapatkan lesen motor ni. Macam-macam perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan lesen tu.

Segalanya bermula dengan ceramah selama 5 jam setengah yang agak menyesakkan nafas. Hehe, masa tu memang ramai orang yang same skali dengar ceramah tu, tapi muka diorang nampak tenang je, tapi muka saya,,,mmmm tapi muka saya??? Hehe memang tak de mood langsung masa dengar ceramah dulu. Dah la lama lepas tu suasana sejuk yang menyengat tulang rangka dalam badan ni pun satu hal jugak. menggigil-gigil..teruk betul nak menghabiskan hari tu. Masa bagaikan lambat berdetik seakan-akan begitu sayu melihatkan keadaan saya yang sangat tiada perasaan masa tu.

Tapi walau apa sekalipun semua tu dah lama berlalu dan tak mungkin saya akan kembali ke dalam bilik kuliah tersebut dan mendengar ceramah untuk kesekian kalinya. Oh Tidak!!! Sekarang ni. nak meneruskan pengembaraan lesen dengan menunggu ketibaan hari untuk ambil ujian JPJ. Berdebar-debar sangat, bercampur baur perasaan ni. Takut, yakin, segan dan macam-macam lagila perasaan yang bergaul sebati dlam hati nih.

Masa seminggu sebelum nak ambil ujian JPJ kena p amik QTI dulu. Masa nak ambil QTI ni pun memang rasa macam nak test JPJ la pulak, maklum jela kalau tak lulus ujian ni, kene la buat lagi sekali sampai lulus, tak sanggup rasanya nak meneruskan masa yang lebih lama di sekolah memandu tu.

Harap-harap masa ujian JPJ nanti tak de la gugup ker, cuak ker, berdebar ke yang datang menyapa hati kecil ku ini supaya ujain yang akan saya jalani nanti akan berjaya dilselesaikan tanpa ada kegagalan terukir. Risikonya kalau gagal, dah la kena datang lagi sekali kat tempat tu, duit juga perlu dilaburkan lagi untuk bayaran tambahan sebab tak lulus, isk3 bahaya sungguh kalau tidak lulus ujian tersebut. Erm, bagi saya bahagian yang paling mendebarkan ialah bahagian 'brek kecemasan' atas alasan takut jatuh nanti dan buat emergency tu tak jadi. Minta-minta lulus la nanti, pape pun ujian JPJ yang akan saya hadapi ialah pada RABU minggu depan 13/1/2010. Chaiyok2!

*gmbr x dpt nk upload, cable untk phone x dapat dicari

Friday, January 1, 2010

Kerinduan Di Tahun Baru 2010

Salam, selamat tahun baru pada semua, moga semua memulakan tahun baru pada tahun ni dengan azam yang baru. Setiap daripada kita pasti mempunyai azam yang tersendiri yang ingin di capai. Samada untuk berjaya di dalam peperiksaan, menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, got a promotion, ataupun apa-apa sahaja azam yang telah kita sematkan dalam diri kita untuk mencari jalan yang betul untuk menggapainya.

Salam kerinduan buat semua cikgu yang masih lagi mengajar di SMK Seri Jempol. Tahun ni saya tak ada lah sibuk-sibuk lagi nak mencari pakaian untuk tahun baru untuk menjalani sesi persekolahan, sebab tahun ni semua tu hanya tinggal kenangan yang abadi.Rindu sering bertapak di hati untuk kembali menjengah dan menuntut ilmu kembali kat sekolah tu. Tapi semua tu mustahil sebab sekolah tu tak de Form 6, so tak dapat nak further study kat sekolah tu. Apa-apa pun segala kenangan yang saya pahatkan di setiap sudut sekolah tu tidak mungkin saya luputkan dari ingatan selama-lamanya. Sungguhpun di hati ni rindu sangat nak jumpa dengan semua cikgu dan kawan-kawan yang boleh dikatakan 'junior' di sekolah. Hehe...takdela... semua kawan yang sama..

Walaupun hakikatnya memang saya akan kembali juga ke sekolah hanya untuk mengambil result SPM 2009. Tak banyak yang boleh diperkatakan untuk keputusan peperiksaan tu nanti. Keputusan yang "MAYBE" tidak membanggakan sekolah dan semua guru-guru, but "I'd tried my very best!'. Bila masa ambil keputusan nanti mesti la malu nak jumpa dengan semua cikgu yang pernah ajar waktu di 5 Arif dulu. Tak tahu apa yang nak diperkatakan.

Whatever it is, I want to thank to all the teachers that had been teaching me since I'm in Form 1 till here I am. I just want you to know that, I love you all and thanks again for EVERYTHING. I'll never forget the time that we had cherish together. ok

Semoga nama SMK Seri Jempol akan terus gemilang di dalam Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Monday, December 21, 2009

Hidup MeSti DitErusKan

Salam... lepas habis spm ni macam-macam bende yang aku buat.. sejak dari minggu lepas aku p johor. saje jenjalan nak hilangkan boring yang teramat lepas habis spm ni.. Apa2 pun memang tak dapat dinafikan sume ni tetap mem'boring'kan, kalau fikir nak cari kerja mungkin hati ni belum tergrak nak wat sume2 tu. Maybe dah sampai masanye nanti aku p la round sluruh johor ni nak cari kerja..Haha, ape2 pun terisi jugak la masa yang terlampau lapang ni kalo duk cni. Kat cni adela aku blaja ilmu baru, kat cni aku adela blja sikit2 tentang fotografi. Boleh tahan la interesting sesi belajar ilmu baru nih, ... erm... tengok la gamba ni... saje jer letak...







Wednesday, December 16, 2009

Physics

Assalamualaikum..PHYSICS? Hehe boleh tahan la masa jawab fizik hari tu. Tak de la terasa susah macam jawab trial examination. Nak target tinggi sangat pun tak boleh jugak, nak rendah sangat lagi la tak boleh. Jadi keputusan yang dapat disasarkan ialah antara A ke C+. InsyaAllah kalau dapat A cerah la sikit peluang untuk sambung belajar kat tempat yang baik sikit. Walau macammanapun saya tetap berpuas hati masa jawab fizik, boleh la. PHYSICS A???

Saturday, November 28, 2009

Setelah Habis Paper Add Math

Salam... lame betul dah tak update blog nih... cam2 bende yang berlaku sepanjang saya tak update blog nih. First, pasal exam ADDITIONAL MATHEMATICS ari tu.. macam2 masalah yang datang masa tengah jawab untuk SPM ari tu. Memang berdebar la sangat2. Rasanye result add math nanti tak akan jadilah seperti yang saya harapkan. Walau apa pun hidup mesti diteruskan walaupun kegagalan akan pasti datang menjengah. Walau apa pun saya tetap akan berusaha untuk menjadi COMMERCIAL AIRLINE PILOT, hidup ini bukan sahaja akan berakhir apabila kita tidak berjaya dalam SPM, segala perlu ada semangat untuk kita bangkit semula daripada kegagalan yang telah kita cipta sendiri. Saya harap lagi 3 paper yang tinggal ni dapat memberikan sinar harapan yang baru untuk SPM, PHYSICS, CHEMISTRY, ENGINEERING DRAWING. Harapan akan saya letak pada ketiga-tiga subjek ni untuk dapat A, tak kisah la A+ ke A- ke A ke. Asalkan A dalam tangan. Semoga tiga paper ni tak de la susah sangat. Kalau susah sangat harap saya boleh la buat untuk menjawab semua soalan yang ditanya nanti. Salam untuk kali ni...

Friday, November 6, 2009

SPM DaH DekAt

Bila teringat pada SPM memang gementar la sangat. Dah tak lama dah nak duduki SPM, setakat ni persedian untuk menghadapinya sedang dalam pemeriksaan dan pemantapan yang terakhir. Harapan saya agar mendapat keputusan yang cemerlang masa result keluar nanti. Alhamdulillah chemistry and physics fuhhh...! Boleh tahan dah sekarang, tapi apa2 pun usaha akan tetap diteruskan hinggalah hari peperiksaaan yang sebenar. Pada semua rakan-rakan satu kelas semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang juga ya! Moga-moga tahun kita dapatlah menjadi tahun penanda aras untuk SPM SMK Seri Jempol. Ingatlah segala pesanan cikgu2, kita sama2lah berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang ok! Gud luck untuk sume...




Pada sume budak2 'Bio' buat yang terbaik k...

Rohayu
Natasha
Shikin
Farhana
Hanisah
Mastura
Athikah Falshah
Halimatun
Firdaus

Pada budak Lukisan Kejuruteraan pun GUD LUCK! 9A+

Haqim
Anwari
Hidayah
Fateha
Zawawi
Farahanis
Farhan
Aswad
Saleha



Dan tidak dilupakan budak2 ICT,BIO/LK do our best 10A+

Azizul
Insyirah
Saodah
Hajar
Navin
Hafiz